Klik Klik

Friday, October 15, 2010

you know how kuat merapu i am? yessss papi ckp 'sami byk ckp mcm u' cis kalu tak kerana mulut aku nih takdenye ko suka kat aku kan? haha. byk2 ckp byk2 cite aku nih tak reti nk luahkan dlm bentuk article/penulisan. tulisan pon kalah cakar ayam. iye, aku pon susah nk baca handwriting sdr. penah terbaca tak kalu org menulis tp setiap tulisannye tak sama maknenye org tu byk personaliti, kire tak pasti lah dia nk jadik ape. iye ke? adekah aku begitu? aku rasda aku pasti nk jadik ape. aku nk jadik surirumah yg berjaya. hahahhaha. patu dah la tulisan buruk, tak pandai nk terjemah lagik la aku xsesuai utk buat ceramah. kan?

oleh itu, untuk survey yg dijalankan oleh Mas aku main tulis carca marba lah. sori mas! diharap dpt la memberi bantuan tak byk sikit pon jadiii lah.  Juga maaf Mas, patutnye aku buat entry nih awal2 supaya ramai kawan yg berkecimpung dlm bisnes online boleh turut serta, selain membantu mas menyediakan article/buku dpt free iklan tau!

Berita baiknye, mas lanjutkan tarikh submission survey nih. sampai ke 30 Oct. Sila ambil kesempatan dan pergi ke blog Mas ok!

Ini aku punye, kalu aku diberi masa 5 bulan pon aku xpasti aku boleh memberi jawapan yg terbaik. pelik gak cmne la aku buat presentation time belajar dulu, ehem major marketing ok.. hah mmg pelik cmne aku buat marketing selama ke nih??!! lagik pelik cemana aku boleh (selalu ok) jadik bidan terjun sebagai co-ordinator/mc utk taklimat or meeting dgn client huyuhh!. ke mungkin aku sesuai utk sesuatu yg adhoc sahaja? dimana aku tak payah nk susah2 reka ayat cinta bagai. aku kan fast thinker (yo lah tuh), ehem.. hehe



Soalan A

1. Apa yang mendorong anda untuk memulakan bisnes
SAHM. TERUS TERANG SAYA SUDAH TIDAK MEMPUNYAI MINAT UNTUK BEKERJA 9-5. SAYA INGIN MEMULAKAN BISNES DIMANA MATLAMAT SAYA APABILA BISNES SUDAH BERKEMBANG SAYA BOLEH MENGAWASI DARI RUMAH SAHAJA (sepatutnya bila dah stabil nak kembangkan lagik :P)

2. Jenis bisnes apa yang sedang dirancang dan yang sudah dimulakan kini.
SAYA MERANCANG UNTUK MEMBUKA BUTIK CAFE DIMANA PELANGGAN BOLEH MENIKMATI JUADAH SAMBIL BERBELANJA. SAYA MEMULAKAN BISNES ‘PACK FOOD’ SECARA KECILAN DAN SEKARANG MEMBUKA BUTIK KEDAI MENJUAL BAJU DI TAPAK PROMOSI

3. Apa persedian yang sudah dan sedang dilakukan
PERSEDIAAN YANG SEDANG DILAKUKAN SEMESTINYA MODAL DAN MATERIAL UNTUK MENGEMBANGKAN BISNES. STRATEGI DAN DESIGN BARU SEDANG GIAT DIJALANKAN

4. Apa komitmen anda untuk bisnes yang diusahakan
BERMULA DGN NIAT UNTUK MENJADI SURIRUMAH SEPENUH MASA SAYA KORBANKAN UNTUK BEKERJA TANPA HENTI (MCM DH TERBALIK PULA). SAYA HANYA MENGUPAH PART TIME STAFF DAN BUAT MASA INI MENJAGA SEPENUHNYA KEDAI SEMATA-MATA UNTUK BELAJAR DAN MENINGKATKN LAGI KEMAHIRAN


Soalan B (bagi yang sudah memulakan bisnes)

1. Apa cabaran terbesar dalam bisnes yang anda lakukan sekarang?
MASA DAN MODAL.
MEMBUKA KEDAI YANG MEMERLUKAN SEKURANG2NYA 45MINIT PERJALANAN DARI RUMAH (JIKA MEMANDU SENDIRI YA!) SAYA KORBANKAN MASA BERSAMA ANAK DAN SUAMI. AKTIVITI MENGEMAS RUMAH MEMANG JATUH KE TANGGA TERBAWAH :p
WALAUPON BISNES BERSKALA KECIL MODALNYA MASIH BESAR. PUSINGAN MODAL SANGAT DIPERLUKAN MEMANDANGKAN TAPAK SEWA PERLU DIBAYAR DAHULU (PENGSAN)

2. Apa strategi yang anda fikirkan untuk meningkatkan jualan?
STRATEGI MENARIK PELANGGAN – RUANG MENUKAR PAKAIAN & DECO/HIASAN KEDAI
MEMANDANGKAN KELUASAN TAPAK HANYA 16’ X 7’ SAYA MASIH MENYEDIAKAN TEMPAT MENUKAR PAKAIAN UNTUK KEMUDAHAN PELANGGAN. BANYAK FEEDBACK SAYA TERIMA MENGATAKAN ITU SALAH SATU TARIKAN DAN KELEBIHAN KEDAI
3. Apa keunikan bisnes anda berbanding bisne pesaing?
MENAWARKAN ITEM YANG TERHAD (LIMITED) SINGLE SIZE ATAU SATU MOTIF PADA SATU DESIGN PAKAIAN. CTH – BATIK. HANYA SATU MOTIF SATU BAJU TIADA DLM SIZE YANG LAIN.

4. Apa sandaran modal yang digunakan sekarang, simpanan, pinjaman?
SIMPANAN. BERKONGSI DGN KAKAK SENDIRI. SEDANG DALAM PERANCANGAN KERTAS KERJA UNTUK MEMBUAT PINJAMAN

5. Apa perjuangan anda dalam bisnes yang dilakukan sekarang


6. Apa rujukan, panduan yang anda gunakan dalam memulakan dan mengusahakan bisnes
RAKAN YANG TELAH MEMULAKAN BISNES. TUNJUK AJAR & NASIHAT PADA PEMBAHAGIAN MODAL, BUDGET STOK, LOKASI, SASARAN PASARAN ETC
MARKET SURVEY. MENGAMBIL MASA UNTUK MENCARI TAPAK YG SESUAI DAN PASARAN SASARAN
INFO INTERNET & BAHAN BACAAN. BUKU 101 IDEA HOME BISNES + JANA RM DARI RUMAH BYK MEMBANTU TERUTAMA DALAM HAL MENGURUSKAN MODAL/BUDGET



7. Siapa inspirasi anda dalam mengusahakan bisnes
MAAF. TIADA YANG SPECIFIC. INSPIRASI UTK MENJADIK WAHM ADA LAH. SIAPA LAGI KALAU BUKAN PN. MASAYU AHMAD :p

8. Apa dan siapa yang menjadi pendorong dalam meneruskan kelansungan bisnes

WANG / HUTANG – MEMANDANGKAN ADA HUTANG YANG PERLU DILANGSAIKAN MMG MENJADI PENDORONG KUAT UNTUK MEMAJUKAN BISNES SUPAYA DAPAT MENAMPUNG KEPERLUAN

SUAMI & ANAK – NIAT UTAMA UNTUK MENJADI IBU DAN SURIRUMAH SEPENUH MASA MASIH MEMBARA (ECEH). SOKONGAN KUAT DARI SUAMI (TANPA COMPLAINT OK!) MENJADI PENDORONG UTAMA


Soalan C


1. Apa jenis bisnes anda. Nyatakan sama ada secara online atau offline
MENJUAL PAKAIAN TIDAK TERHAD KEPADA PAKAIAN WANITA SAHAJA. MENAWARKAN JENIS PAKAIAN TERMASUK BAJU KURUNG, BLOUSE, DRESS, JUBAH DAN LAIN2. MEMBUKA KEDAI & SECARA ONLINE

2. Bagaimana anda mendapat idea memulakan bisnes tersebut.
DARI KAKAK SAYA YANG SUKA SANGAT MEMBELI BAJU. KAMI SAMA2 MENCARI SOLUSI DGN BERNIAGA PAKAIAN SENDIRI

3. Bagaimana anda mendapatkan modal
BERKONGSI DGN KAKAK SENDIRI

4. Bagaimana anda mendapatkan bekalan
DARI DALAM DAN LUAR NEGARA (dan juga dari kawan2 yang terlebih kretif!)

5. Bagaimana anda membuat promosi dan pemasaran
MELALUI INTERNET – BLOG / FACEBOOK / EMAIL, SMS DAN TERUS DARI KEDAI.
PROMOSI BERBENTUK TAWARAN HARGA MENARIK & DISKAUN.
MENAWARKAN KOMISYEN KEPADA RAKAN YANG DAPAT MEMBANTU JUALAN.
BEKERJASAMA DGN RAKAN YANG MEMPUNYAI TEMPAT BERNIAGA DAN MELETAK BARANGAN SEBAGAI CONSIGNMENT

6. Apa keunikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
MENGGUNAKAN PENDEKATAN MESRA PELANGGAN. MENGHANTAR MAKLUMAT MELALUI SMS UNTUK APA JUA TAWARAN DAN BARANGAN BARU
MENYEDIAKAN SISTEM BUNGKUSAN YANG MENARIK (SETIAP BAJU AKAN DI BUNGKUS DGN WRAPPING PAPER & DILETAKKAN DIDALAM SHOPPING BAG YANG MENARIK BESERTA KAD NAMA BISNES)

7. Apa persediaan dalam mengurus keuntungan dan kerugian
8. Apa yang menjadikan motivasi dan inspirasi.

9. Adakah anda bersedia untuk gagal dan bangkit semula
TIDAK MEMPUNYAI JAWAPAN SEBELUM INI SEHINGGALAH HARI INI DIMANA TAPAK PROMOSI AKAN DIHENTIKAN PADA JANUARI 2011, JADI BERTAMBAH LAH PERSEDIAAN DARI SEGI MENCARI TAPAK BARU, STRATEGI ETC

10. Apa momentum terbesar atau sasaran yang anda mahukan dengan apa yang dilakukan sekarang.

MEMBUKA BUTIK CAFE YANG MEMPUNYAI LABEL PAKAIAN & DESIGN SENDIRI

Majukan jawapan kalian, kalau lebih panjang lebih bagus. Memudahkan saya untuk mencari dan mendapatkan fakta yang bersesuaian.


Sila nyatakan:

1. Nama penuh mengikut IC
2. Email 
3. Alamat

Sila hantar sebelum 30 Oktober 2010
Hantar terus kepada : masayu2010@gmail.com

Nota kasih sayang dari Mas: ada soklan yg bertindih, jika tidak pasti or tak mahu jawab (kire malas mcm aku) boleh dikosongkan hehe



0 hottie:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Klik

Foot Print

 
Copyright (c) 2010 This Is Our La La Land. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.