Anda stress sekiranye:
1. balik kampung pada lewat petang sabtu setelah laju2 jumpa kontraktor rumah dan menghadiri majlis aqiqah
2. sedang menonton tv di kampung tetiba blackout, lama pulak tuh smpai kul 1pagi kerna ribut petir
3. balik kl secara tergesa2 kerana suami mesti mengambil bapa mertua di airport pada pukul 3ptg tetapi flight delay smpai ke pukul 5lebih. emak anda ikut sekali kerana ade checkup di hukm pada pukul 8pagi hari isnin. anda kena hantar.
4. suami ke airport pada pukul 6 lebih kerana bapa mertua touch down pukul 7pm. janji ingin berjumpa kawan yg meminjam railing baju terpaksa dikansel, kawan berjanji hendak memulangkan railing pada keesokan hari iaitu hari isnin. kawan yg meminjam 3 railing memberitahu hanya ade 2 railing.
5. suami menalipon pada pukul 8.30mlm bapanye baru aje kuar dari airport. anda sudah terdiam kerana tidak mahu membuat dosa
6. sementara suami pegi airport, anda bertungkus lumus menyiapkan barang yg hendak dijual di tapak promosi bermula 11-24 june 2012 dan wajib meng-nyetup layout pada ahad mlm isnin selepas pukul 10mlm. venue: subang parade, masa pejalanan dari rumah 40-60minit, janji dgn staff kat kedai pukul 9mlm
7. suami tiba dari airport pukul 9.30 mlm dgn ayat 'b abah blk upsi esok pagi lepas subuh, macam mana?'
8. 9.45mlm setelah suami mbantu menurunkan sume barang, anda menuju ke kinrara menghantar emak yg mengikut dari kampung kerana emak esok pagi isnin ade checkup kat hukm. syukur kerana kakak sedap mengoffer utk menghantar emak sbb 'eh i amik leave esok, u nk bukak promo kan? i hantar lah' anda tahu sebenarnye kakak anda kompom2 nak pegi soping dgn esok slps checkup
9. pukul 10 lebih malam anda tiba di subang parade dan dgn kadar segera menyiapakn tapak. anda hanya mempunyai 2 railing baju sedangkan tapak anda buleh meletak 8railing baju.
10. kawan yg share tapak dgn anda tiba membawa 3 railing baju dan baju2 beliau memerlukan 5railing baju. anda memesan kepada staff 'kak esok kawan sy bwk railing lagik, susun aje elok2 kemas2' anda cemas kerana kawan yg nak share tapak belum mbayar deposit sesen pon kat anda. tapak rm350/day
11. pada mlm itu juga anda sedar railing kat rumah sebanyak 3 railing sume xdek skru. anda pasrah bila kawan yg meminjam railing tidak mengaku mengambil satu plastik skru, ayat pon mcm nk marah2. anda sabar
12. selesai menyusun ape yg ade, anda pulang dan baru perasan anda tidak mempunyai duit utk mbayar parking pon apetah lagik nk bungkus makanan. anda pinjam duit staff rm2.50 bayo parking
13. pada hari isnin, anda membantu staff menyusun barang yg terlalu byk sehingga customer tak boleh nk belek, anda pon benci nk membeleknye. kawan yg janji nk pulangkan railing tak angkat tepon pon patu sms kata bz, stress etc
14. anda ke kedai jual railing di puchong beli skru, skru tak jual budak kt kedai tuh sorok2 pi kutip kt blkg kasik secara free. terima kasih. kendian management tepon kata tempat tidak cantek mcm la anda masuk contest tapak paling cun, anda sedang sebok mbeli cat dan jadik mandur dirumah sendiri kerana ID anda demam panas
15. sedang anda panas2 jadik mandur, staff sms 'dek, ada imigresen, akak mnyorok sbb permit akak blum siap' anda tepon staff promo berulang kali tidak angkat, staff meninggalkan tapak promo lebih 2jam. staff di atas terjerit2 sbb xde sapa jaga kedai
16. anda laju2 balik rumah dgn plan mahu ke kedai pada malam selepas maghrib. smpai dirumah skru yg diberi secara black market tak fit. anda hangin. tapi anda decided utk ke kedai jua. kawan yg share tapak masih belum masukkn duit
17. pukul 8.30mlm anda kuar menuju ke subang, janji nak jumpa kawan yg nk consign baju pukul 9lebih. anda stuck di petronas sbb flat tyre
18. anda balik rumah. pada hari isnin tiada sale di kedai walhal tapak sebelah sale dekat seribu. anda breakdown. baby berumur 3bln menangis xmahu susu dlm botol. anda susukan terus tido. Allah tak approve pg ke kedai mlm2
19. selasa pagi anda dgn xdek moodnye menguruskan (pegi bayo belen redang, print tag, beli stok kain cotton, bungkus nasik sbb lapo tp xsempat nk mkn) ape yg patut dan menuju ke subang selepas zohor. sedang dlm perjalanan kawan yg janji nk pulangkn railing menalipon 'beb i baru sedar kt store, railing u yg cantek2 sume abang i angkut bukak tapak kat sekian2... anda dh xdengar.. tinggal yg berkarat aje beb'.. anda speechless. kendian dlm 10minit nk tiba di kedai, partner kt kedai anda tepon 'ely stok dh smpai, ely dh pulang railing? nk railing 2 balik yg ely letak kt bawah' anda tersenyum dlm kete sbb railing tu anda punye. even kedai tuh sume bende anda punye
20. anda tiba di kedai dan kawan menunjukkn railing karat 'xpe beb, u just cover dgn deco paper' kerna sumpah raling karat tuh sungguh buruk, maklum lah berniaga di pasar malam. 'tapi satu la beb roda dh patah so kena sendal or letak benda berat' pasti kawan anda tak perasan kedai anda bukan di pasar malam. anda bercakap baik2 tak mahu railing tuh and plan nk beli baru kerna abang kawan anda ckp 'abang extend meniaga so nk guna railing nih' and cuba tidak berbuat dosa lagik, lalu mendiamkan diri
21. anda pegi beli skru di jalan kenanga pula dan bila anda cuba pasang dirumah anda tersenyum kembali kerana dua railing di rumah dua2 set tidak mpunya base roda. anda yakin Allah bagi dugaan kerana anda buleh handle sume ini. alhamdulillah sale pada hari selasa mengcover sewa dari hari isnin siap dgn gaji staff. anda syukur banget2, kawan anda yg share sewa pon dh bayo duit anda, tinggal sorg lagik belum. kalu sikit xpe ini ribu2. kadang2 anda rasa mcm buat charity.
22. pagi rabu anda tepon manufacturer dan diberitahu wheel base tuh mmg tak jual asing jadik anda singgah membeli railing baru, agak kecik tp lebih murah, 2 anda beli dan suh staff bawah pasang. setelah sume settle anda menegur staff 'kak, kenapa akak pasang satu railing nih xsama tinggi, skru bawah dia mana?' 'tak ade dek, akak bukak kotak mmg yg ini tidak ada skru' anda rasa spt dlm drama pula. satu railing anda letak di kedai atas, anda masih xcukup railing
23. balik awal suami mengajak ke citta mall kerana nk tgk display fridge, firdge yg disukai sudah stop production so ape yg tinggal sume mahal, display murah sket. anda tak bape nk setuju tp anda ikut saja, hampir 2jam dijalan raya suami tidak jumpa tempatnye. anda hampir kena IBS sbb belum makan. anda hangin rase nk bakar aje org harvey norman yg suggest kt suami suh pg tgk kt citta mall.
24. pagi khamis, anda perlu pegi ke kedai supplier kt puchong utk menukar railing dan mbeli baru jua utk kedai atas dan utk flea market hari ahad, pukul 11 anda kena jadik mandur lagik sbb org solar nk datang, anda malas nk suh ID anda datang sbb byk betol keje dia pending, anda menunggu quotation grill pon sampai ke sudah xdapat, kitchen kabinet janji minggu nih ditunda ke selasa depan, suami anda pula tidak sabo2 nk pindah rumah, anda punye ayat senang aje 'takde sapa ke nk tolong pack barang?'
25. realitynye pagi kamis bgn susu anak pukul 4pagi smpai kesudah tak buleh tido sbb byk sgt bende nk buat byk sgt yg kena pikir.
anda stress jika perkara di atas berlaku kepada anda, hari ini anda nak letgo barang rm15
nanti anda ingin kongsi kaler umah yg mmg menjadik pilihan anda jadik any komen tidak diterima, tapi anda inginkn pendapat utk kaler curtain kerna suami tak abis2 mengajak carik curtain, emak anda punye ayat simple aje 'iye lah adik kt rumah pakai spender aje tak malu tu sbb hsrl nk pasang langsir tuh' anda bertambah bersyukur kerana suami menerima anda seadanye dan carik pendekatan lain utk menyelesaikan masalah anda yg suka suki nk seksi tanpa batas dirumah sendiri. abis, cemana laki tak sayang? i goda dia tiap ari tau! anda ingin memuji diri sendiri..
anda berdoa hari ini Allah memudahkan urusan anda, aminnn