Hari itu saya agak terperanjat kerana bungkusan pada hari jumaat juga habis dijual. Alhamdulillah. Cuma saya agak pelik, sudah 2 hari berturut tiada return pack. Volume turun naik. Balik dari stesen, kami terus laju menuju ke Pasar Tani Taman Melawati yang sememangnya tempat favourite tapi selalu tidak dapat pergi (gara-gara susah bangun pagi :p) Setelah memborong ape yang patut di sana kami pon pulang ke rumah. Sepatutnya kami perlu bersiap ke Hospital Taiping untuk menjenguk Kak Ngah yg kena serangan ashma yg kritikal dan juga untuk memberi sokongan moral kepada Biqque (my blood sista) tetapi kereta belum di servis... ermm
Sambil kepala berfikir (saya tidak pandai menyambung tidur kerana saya bukan kuat tidur orangnya). Sambil berfikir-fikir anggota badan terus ke rak pamer di ruang tamu menyusun ape yang patut dan hasilnya.. tada...
Agak sukar juga saya hendak menyusun kembali kerana selain terkenang setiap kisah barang perhiasan, saya juga dibantu oleh si kecil. Walaupon berbadan kecil, bantuannya agak besar haha. Seterusnya, apabila saya melihat jam baru pukul 9 lebih (kebiasaan belum bangun tidur:P) saya berasa teruja dan nekad untuk mengemas bilik komputer pula. Sebenarnya, bilik ini sangat penting kerana disitu lah saya, Papi dan Sami bekerja. Saya selalu membuat research, proposal, budget dan nota disitu, Papi pula menghadiri conference meeting setiap minggu dan Sami pula belajar menyanyi dengan Barney. Oleh kerana saya sudah lama tidak endahkan bilik itu dan serahkan kepada Papi jadi bilik itu agak memalukan lah.. Hasilnya.. tada...
Lega lah mata memandang, buka pintu saja sofa menanti..
Terlalu banyak file, semestinya Sami tidak membiarkannya begitu sahaja. Banyak kali juga la dia mengemas kembali rak ini hehe
Agak penuh meja ini, tapi itulah kegunaan sebenarnya jika tidak, tak perlu lah membeli meja yang banyak fungsinya
Saya terpaksa meletakkan almari zaman bujang saya disini kerana walaupun hanya kami bertiga tetapi barang di dalam rumah kami bersamaan dengan 10 orang :P - Saya berniat untuk menjual almari ini bila kami berpindah rumah nanti. Almari ini masih dalam keadaan yang baik, sekiranya sesiapa mahukannya boleh la minta pada saya nanti, murah sahaja harganya iaitu mesti lebih dari RM20 kerana jumlah itu saya akan serahkan ke rumah anak yatim.
Setelah saya siap mengemas bilik ini, saya baru perasan yang Papi selamat tidur diruang tamu. Wahh patutlah Sami asyik mengikut saya mengemas rumah. 'Mami.. Mami.. buat apa?' tanya Sami. 'Mami kemas' jawab saya ringkas tetapi saya menangis didalam hati. Merdu sungguh suara Sami. 'oooo Sami tolong' saya menangis lagi di dalam hati. Saya teruskan usaha mengemas saya ke bilik tetamu pula, sudah agak lama bilik ini tidak berpenghuni, dahulu Na Cik Elly (my soul sista) selalu datang tetapi sejak menguruskan Laksa Shack kepunyaan sendiri beliau begitu sibuk sekali. Iye, kawan baik saya selama 14tahun ini telah membuka Laksa Shack di Kota Damansara. Sila la datang.. Tiada banyak perubahan saya lakukan cuma mengelap sahaja, lagipun saya tidak mahu meluangkan banyak masa di bilik ini, mungkin lain kali.. hasilnya.. tada...
Memang terlalu simple, saya tidak mahu buat serabut nanti tetamu yang datang pon serabut nak berehat hehe
Habis saya siap semuanya, Papi sudah bangan dari tidurnya. Papi agak kepenatan kerana kebiasaan malam sebelumnya beliau akan bermain Basketball di Sg. Buloh. Sudah menjadi rutin Papi dan dia gembira dengan aktivitinya cuma hampir setiap kali habis latihan pukul 2am lah baru Papi sampai rumah. Dan juga rutin Papi, dia akan terus membasuh baju sukannya dan membersihkan diri sebelum tidur. Dan kadang2 dia akan membuat sembahyang malam sampai pukul berapa pun saya tidak tahu, yang saya tahu memang hari sabtu dia liat lah hendak bangun tidur haha.
Setelah Papi bangun dia terus membantu saya mengemas, apa tidaknya habis semua barang dia yang bersepah itu saya buang sampai bil terbaru dia pun saya sudah terbuang hehe. Kali ini saya cuba mengubah lagi kedudukan tv dan meja makan. Keluasan rumah kami ialah 1400sf. Bagi saya memang besar bagi sebuah condo memandangkan saya seorang penetap tegar bagi rumah berlapis2 ini. Sejak dari zaman di U lagi. Tetapi saya dan Papi gemarkan perabut yang agak besar (jangan tanya kenapa saya pon tidak tahu) menjadikan ruang tamu saya kecil di mata saya huhu.. hasilnya...
Konon2 mahukan permandangan bukit bakau tetapi balkoni masih ditutup, agak jauh dari dapur tapi seronok pula kami, no complaint at all
TV rumah itu sudah bertahun dengan saya, sejak dari zaman lepasan U. Saya beli dengan duit gaji di Tesco Puchong. Masih baik sehingga kini. Bangga saya. Saya bukan jenis yang fancy terhadap kehebatan teknologi TV yang besar dan flat screen itu. Tidak perlu, mungkin setelah pindah rumah dah ada lebih rezeki saya boleh la mencuba flat screen pula hehe
Ada sesetengah tempat yang memang tidak dapat dinafikan kadar kesepahannya...
Felt very good. Usaha mengemas diteruskan sehingga ke balkoni, bilik tidur utama, toilets dan kitchen. Setelah semuanya selesai jam menunjukan pukul 5ptg. Wahh. Jika saya charge RM10 sejam mengemas, sudah banyak saya mengaut keuntungan. Sempat lagik saya bermain kretiviti dengan Sami, menyiapkan juadah makan dan menonton cerita kesukaan.
Saya rasa sungguh hebat dan tidak sabar untuk meneruskan usaha bekerja dari rumah. Malah sepanjang aktiviti mengemas, saya didatangi idea-idea bisnes yang menarik. Seronoknya minggu ini.
Nota: Semoga Kak Ngah cepat sembuh, alhamdulillah hari ini (monday) dia dah sedar setelah 3 hari koma di icu. Boleh rujuk di sini Biqque
3 hottie:
wahhhhhhhhhhh rumah ko dah lain! sami good boy la tlg mami :D
soklan : kucing2 tu ada lagi ke tak?
polka ngan june ade lagik.. tak berjaya suh hasrul buang.. ces.. balkoni still xleh bukak, bulu bebudak tuh masuk umah.. xpon sami la sebok nk mkn makanan dorg.. tensen aku..
bekerja dari rumah juga satu pekerjaan..ada idea lain?..selain dari bekerja sebagai surirumah yang tak dibayar gajinya...hehehe..
meh lah join saya kat sini..bekerja dari rumah juga..hehehe..
Post a Comment