Pada suatu malam, Sami telah didenda kerana habit nye yg suka vandalize toys sendirik dan juga tidak mahu mengemas bila dh abis main. Lagik di campaknye ade lah. Jadik aku telah menyimpan sume toys sami kt dlm guest room dan kunci terus bilik itu. No more toys, no more ultraman movies etc
Jangan sangka Sami akan merayu. Tidak. Keras hati dia nih haha. Apa yg boleh dia buat adalah melayan diri sendiri smbil belajar. Sami pon suka la melukis2 dan mengkaler2 sume buku dia. Tidak disangka di suatu malam
'mami! see cantik tak train sami?' tnya Sami sambil menunjukkan lukisannya
ala.. comelnye!!! excited aku tgk!!
Banyak malam juga aku simpan toys dia sbb xlarat nk kemas and layan, lebih2 lagik dgn keadaan Papi yg susah nk berjalan. Tetapi ada satu malam itu sungguh mencuit hati pabila Sami mengajak Papi membaca
memandangkan kaki Papi sakit, Sami pon ingin memberi sokongan dgn menampal sticker di kaki sendiri..
Cantek tak baju pink Sami??? (duhh pink, like Uncle Sam ckp real man wear pink, in this case, Atuk Sami belikan baju pink kat Istanbul ermm)
Dimasa yg lain, pabila sudah bosan membaca, melukis, mewarna, menconteng dan mengoyak Sami beralih ke buku kemahiran pula. Tetapi sungguh la cheeky bila aku tgk dia xdpt nk lalu maze tuh, sticker egg kat tgh2 tu dia alih ke dlm maze, so akhirnya dia dpt la jumpa egg tu tanpa perlu carik jalan yg betol. Noti kan??
See, senang kan Mami? Mana dia dpt idea cam tu pon aku xtau.. (kat kepala ingin menyalahkan orang lain hehe)
Dan akhirnya, semalam aku bagilah dia menonton ultraman dan mengeluarkan toys dia sikit2 sbb bukan nye makin behave tp makin menyeksa aku sbb dia xde bende nk main, abis la kitorg jadik mangsa. Dan apabila aku kuarkan ultraman mini dia, Sami terus ke balkoni dan..
'Mami..ultraman nk sun..' huh? dh kena simpan dlm bilik gelap kena sun bathing ker???
zzzzzzz