Cukup ke susu?
Sami wellknown as reverse cycle punye budak. xsuka botol. no pacifier rules. Dedicated thumb sucker. Sami weight 8.5kg on his 1yr besday. His paed said the ideal weight is 3times from his birth weight ie 9.36kg but as he's so sihat and active and manja and manja and manja. he's ok.
For me sami boy is slim and slender. nk jadik model ke ape? i'm quit worried as sometimes he only finish up to 5oz and normally upto 10oz from 9am-6pm. he's like dracula waktu mlm but since he's taking solid food his paed said ok. no problem. dont worry eventho i noticed he pass less urine last mth (tapi asik berak aje pulak). skang mamypoko size m 66pcs bleh tahan dlm 3 weeks gitu aje. huyuh. bukan psl kencing pasal kuat berak. hahahhaha
Currently i've got around 20btls of susu. cukup ke stok tu?
I tried to give him multivits tapi sama aje. Makan? he loves roti. nasik? makan gak. 3-4 suap dh kenyang. ok ke tuh? Active? hyper active sungguh la. hepi semacam.. sambil ke sana ke mari ukur umah.. mulut spt speaker dewan undangan hahahahhaha ikut sapa tu?
He's now 13mths. Alhamdulillah fully bf. Bila dia susu tu muka nmpak mcm ermmm sedapnye susu mami :D gile besh! I cant express byk skang. bese sehari dlm 6-10oz aje. agaknye sbb tu la dia reverse cycle. kesian kt mami dia nk pam xcukup.
Last week sami got hi-fever, xbape nk mkn but susu xbenti. every 1/2hr - 1hr. wahhh end up mami kelaparan. makan nasik smpai 4 kali sehari hahahhaha. Harap susu mami byk makin byk melimpah ruah.. aminn
4 hottie:
Petua Menambah Susu
Makan
==========
1. Sengkuang / sengkuang cina (untuk susu yang pekat dan putih melepak) - makan mentah begitu saja
2. Temu pauh (some says kunyit putih) - dibuat ulam
3. Bunga kunyit - dibuat ulam
Pemakanan
4. Lobak Putih Ada yang buat sup dan jus.
5. Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
6. Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam
7. Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
8. Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu
9. Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
10. Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi
Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis
Minum
==========
1. Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
2. Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak.
3. Air Longan
4. Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
5. Soya - minum secawan sehari.
6. Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
7. Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
Supplement
==========
1. GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.
2. Melilea Greenfield Organic
3. Bidadari DCL
Urutan
==========
1. sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2. cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3. kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...
Psikologi
==========
1. Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.
2. Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
3. Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply
Masa pengepaman
1.cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2. mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3. bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....
4. sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5. jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering jgn minum teh/nescafe taou.....
Beberapa cara mengepam yang berkesan:
1. Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
3. Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.
================
Nahhh ngko... macam experience jer....
ely...insya'allah, cukup susu tu, be confident. Agree with you, budak klo dah demam, asyik nak bergayut jer, tu yg sampai kena crack nipple tu.
aku gelak beso famil!!! kahkahakhakha bagus gak ko demam2 xdek mende nk buat browse psl breastfeeding. hahahhaha 90% sume tu aku mkn, aku minum, aku buat.. cuma agaknye saiko patu ikut mood.. kadang ok kadang xbape ok.. patu kadang dtg gak malasnye.. arinih aku rasa aku sayang kat ko hahahahahhahaa
bab nak tambah susu ko mesti minum susu tu yg agak lawak...hahaha! what comes around, goes around gitu!
Post a Comment