Klik Klik

Monday, June 29, 2015

Surprise!!.... (surprise la sangat kihkihkih)
 
Ha, Kakak Santek nak hadiahkan Photo Challenge kat korang .. Sila la masuk..
 
Untung rupa paras menang, kalau tak menang tu pepaham jek la hahahaha
 
NO NO NO NO!.. jangan harap la kalau rupa paras tu jelita korang akan menang, ini permainan minda, sapa paling kretif tu la yang akan menang... jadi kalau rupa tu sekadar di pinggiran mmg tak kesah ye.. anda masih layak hahahahahah apa yang Kakak Santek merepek ni...

Mempersembahkan:
 
 
#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015

 


YEAHHHH! PHOTO CHALLENGE DATANG LAGIIIII! ARE YOU GUYS READYYYYYYYYYYYYY? LET'S DO THIS!

 

3 SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!

1.       Setiap gambar MESTI ada Blogger --- makna ada blog sendiri, kalau ada tukang tulis blog pon boleh.. Nampak nau ko cam kayas sangat smpai ada org tuliskan blog Eh?

2.       Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015". --- terima jek la kegilaan kuasa smpai nak orang letak la (hashtag) Travelholicawesome nehh

3.       Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. (Tak kisah baju melayu/baju kurung/kebaya/jubah/apa2 yg motif raya la) -- sadis tul syarat ni, maaf lah kalau baju kau sleeveless belah tepi, memang tak dapat markah ye..

Note : Kalau takde salah satu syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah je la kihkih!

 

10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT!

1.       Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, patu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya.

(Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.) --- keji kan?
 
Soklan pilihan ni... sapa buat challenge ni paling kretippp Kakak Santek bagi satu balang Wonder Cheese hahahahahaa ....
 
 

 

2.       Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah.

(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.) -- tak mencabar langsung challenge ni, kain pelikat mmg senang sangat nak carik.. kalau kain batik tu kompom Kakak Santek berpeluh gak sbb tak penah ada kain batik hahahahaha ... ermm..sapa buluh lemang sapa Kakak Santek nak rembat tahun ni ye...

 

3.       Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya.

(Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendri tau hehe.) --- soklan perangkap, sangat nyampas soklan gini, kalau la bende paling gile kat org tu ialah pegang lipas camne? kat Kakak Santek tak le gila sangat, kalau Kakak Santek tukang beri markah, terus sikit markah diterima hahaha tapi...Kakak Santek kenal sapa yang leh meroyan kalau dia terpegang lipas hahhahaha

 

4.       Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak.

(Lagi kreatif, lagi bagus.) --- eh eh.. dorg ni xtau ke kuih2 raya kan banyak yg earth kaler gitu.. kalau yg warna warni tu kompom rasa sume samaaa jek.. walau bentuk lain, corak2 gitu tapi kompom rasa sama...  jaki sgt beli kuih raya satu bekas RM20, amik 3 bekas tapi rasa sama Huh! .. apa aku merepek ni... hahahah...

 

5.       Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih.

(Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.) --- Kakak Santek cadangkan dh ala2 bergambar hulur biskut tu .. bagi je la terus kt amil tu... sekurang2nya dapat pahala... and amil tu tak le mengomel sensorg.. jaga kelakuan sikit ye kang banyak keyboard warrior 'badge' korg kalau gambar  

 

6.       Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api.

(Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.) --- patut main bunga api dengan polis disisi opss hahahahaha

 

7.       Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas.

(Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.) --- abis kalau tangan yang snap gambo tu cam tgn Kakak Santek asik gegar aje.. hahaha..

 

8.       Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR.

(Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.) --- ala... napa tak kat depan kaunter KFC ke.. hahahaha

 

9.       Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat.

(Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.) -- tima beraya la mak2 akan jinjing kasut anak letak tepi takmau hilang takmau kena pijak patu keji suh org susun tinggi?? ehemm sangat tauuu

 

10.    Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya.

(Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!)--- okeh part ni Kakak Santek sedih.. teringat kat Mbah tetapi Mak Mentua kesayangan nak datang, leh jek jadik model hahahahaha bertuah punye menantu...

 
Okeh dah... Kakak Santek tak faham kenapa nak kritik segala soklan di atas, terima aje lah Peringatan dibawah:

PERINGATAN!

 

- Ingat! 10 challenges diatas, mesti kena ada 3 syarat utama tu dalam setiap gambar. Jangan lupa tau! If tanak lupa, sila PRINT post ni sebelum balik raya :D

- Tarikh tutup ialah Ahad (26 July 2015). Blogger kena publish post kat blog pada Isnin (27 July 2015). Jangan lewat tau!

- Post kat blog mesti bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 – Nama korang”. Patu letak 10 challenges berserta gambar bukti, ikut sususan. (Copy paste je kat atas tu.)

- Dah post, sila tinggalkan link post korang tu kat ruangan comment bawah ni. Senang kitorang nak view nanti. Kat sini je tau! Jangan comment tempat lain plak hehe.

- Keputusan para pemenang akan diumumkan pada Isnin (3 Aug 2015). Again, jangan lewat yeeee :)

- Segala keputusan akan dijuri oleh ahli #TravelholivAwesome dan segala keputusan adalah muktamad. Takde rayu-rayu dah. Titik! Hehehe!

 

THE BEST PART IS, OF COURSE LA HADIAH-HADIAH NYER!

 

FIRST PRIZE :

TIKET FLIGHT

 

SECOND PRIZE :

VOUCHER HOTEL

 

THIRD PRIZE :

VOUCHER TAMAN TEMA

 

Notes:

*Tiket/voucher adalah tertakluk pada harga, tempat dan ehsan pihak penganjur.

*Tiket/voucher mungkin akan ditambah mengikut tahap sambutan dan ke-excited-an pihak penganjur.

 

APA LAGI? CEPAT BAGITAU SEMUA! SEMUA ORANG BOLEH MASUK, JANJI POST KAT BLOG JE. APA? TAKDE BLOG? CEPAT BUAT SATU HANYA UNTUK PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA NI! INGAT! PIKIRKAN CAMNE NAK DAPATKAN SEMUA GAMBAR-GAMBAR NI YE. NAMPAK JE SUSAH TAPI ACTUALLY SENANG GILE KALAUUUUU KORANG TAU BERFIKIR SECARA KREATIF. KALO TAK TAU, JANGAN RISAU! KORANG IMPROVISEEEEEE :D OK?

 

P/S: Nak tengok macamana peserta tahun-tahun lepas buat dengan jayanya? Klik link kat bawah ni.

·         Contoh perserta 2012


·         Contoh perserta 2011


·         Contoh perserta 2010


 

P/S: Nak tengok hadiah menarik tahun-tahun lepas? Klik link kat bawah ni.

·         Hadiah tahun 2012


·         Hadiah tahun 2011


·         Hadiah tahun 2010


 

~Organized and sponsored by #TravelholicAwesome.~

~Originated by Sekupang Team.~

 
Good Luck!!

3 hottie:

Ren said...

NAK WONDERCHEESE!!!

Anash said...

hahaahahahaha
motif tau pi komen setiap challenge....

masMZ KaKiJaLaN said...

wow! wondercheese tu package sekali dengan tongkat thor ke? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Klik

Foot Print

 
Copyright (c) 2010 This Is Our La La Land. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.